Pages

Sunday, June 23, 2013

Sedetik Lebih



Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu




Aku Hanya Insan Biasa



Aku hanya insan biasa
Yang punya hati dan perasaan
yang kadangkala gembira, bersedih , marah, tertekan dgn keadaan sekeliling

Aku hanya insan biasa
Yang tak bisa memuaskan hati semua pihak
Walaupun kadangkala hatiku sendiri yang terluka

Aku hanya insan biasa
Yang merasakan diri ini cukup lemah untuk berdepan dengan dugaan hidup
Cuba mencari kekuatan untuk melalui liku-liku kehidupan ini

Aku hanya insan biasa
Yang ingin dikasihi, dimanjai, difahami,
Walaupun kadangkala sukar untuk diluahkan oleh kata-kata

Aku hanya insan biasa
Yang punya kekurangan diri, mencari sekelumit kesempurnaan
Yang keliru dengan dengan diri sendiri

Aku hanya insan biasa
Yang cuba menjadi yang terbaik untuk insan-insan yang disayangi
Namun masih terus mencuba dan terus mencuba

Aku hanya insan biasa
Yang bergelar anak, isteri, ibu, hambaMu
Yang kadangkala merasakan diri ini tidak dapat menjalankan tugasnya dengan baik

Aku hanya insan biasa
Yang merasa kecewa dengan diri sendiri

Aku hanya insan biasa
Yang terkadang alpa dengan duniawi
Yang masih perlu dibimbing

Aku hanya insan biasa
Yang amat mengasihi keluarganya
Yang menginginkan kebahagiaan

Aku hanya insan biasa
Yang menyedari dirinya adalah insan yang lemah
,banyak kekurangan diri

Bantulah aku Ya ALLLAH...
Mudah-mudahan aku beroleh keberkatanMu