Pages

Thursday, July 11, 2013


Ramadhan tiba lagi... Syukur Ya Allah... aku masih diberi kesempatan untuk  bertemu Ramadhan kali ini.

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar


Sunday, June 23, 2013

Sedetik Lebih



Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu




Aku Hanya Insan Biasa



Aku hanya insan biasa
Yang punya hati dan perasaan
yang kadangkala gembira, bersedih , marah, tertekan dgn keadaan sekeliling

Aku hanya insan biasa
Yang tak bisa memuaskan hati semua pihak
Walaupun kadangkala hatiku sendiri yang terluka

Aku hanya insan biasa
Yang merasakan diri ini cukup lemah untuk berdepan dengan dugaan hidup
Cuba mencari kekuatan untuk melalui liku-liku kehidupan ini

Aku hanya insan biasa
Yang ingin dikasihi, dimanjai, difahami,
Walaupun kadangkala sukar untuk diluahkan oleh kata-kata

Aku hanya insan biasa
Yang punya kekurangan diri, mencari sekelumit kesempurnaan
Yang keliru dengan dengan diri sendiri

Aku hanya insan biasa
Yang cuba menjadi yang terbaik untuk insan-insan yang disayangi
Namun masih terus mencuba dan terus mencuba

Aku hanya insan biasa
Yang bergelar anak, isteri, ibu, hambaMu
Yang kadangkala merasakan diri ini tidak dapat menjalankan tugasnya dengan baik

Aku hanya insan biasa
Yang merasa kecewa dengan diri sendiri

Aku hanya insan biasa
Yang terkadang alpa dengan duniawi
Yang masih perlu dibimbing

Aku hanya insan biasa
Yang amat mengasihi keluarganya
Yang menginginkan kebahagiaan

Aku hanya insan biasa
Yang menyedari dirinya adalah insan yang lemah
,banyak kekurangan diri

Bantulah aku Ya ALLLAH...
Mudah-mudahan aku beroleh keberkatanMu



Monday, April 22, 2013


Hatiku Bukan Pualam

Hatiku tak seputih pualam,  
Dan bukan juga sebening kristal
Hatiku tak sesejuk embun, 
Dan bukan juga sehangat mentari
hatiku tak sekeras pualam, 
dan bukan pula selembut kapas
Hatiku hanyalah segumpal darah yang mungkin berbercak hitam

Saturday, February 2, 2013

Buntu

Hidup ini penuh dengan dugaan dan cabaran.. dugaan, masalah sentiasa hadir dalam kehidupan ini. Cukup kuatkah kita untuk menghadapinya.. Walau apa pun yang berlaku selagi masih bernafas, hidup perlu diteruskan... Doa dan harapan sentiasa ku panjatkan pada Yang Maha Esa.

Wednesday, April 11, 2012

Happy Birthday SUFI AN NUR


Walaupun hari ni dah 12 hb tapi takpe la nak juga update kat sini. 1hb April lalu genap la 5 thn puteri ku yang come lote tu Sufi An Nur...Kali ni birthday girl request nak kek gambar Barbie Mermaid. Mujur la kat kedai kek tu bole buat. Tengok-tengok album kat kedai kek tu ade plak kek gambar Mermaid. So dapat la puaskan hati minah ni.


Anyway... happy birthday to my lovely daughter. Semoga menjadi anak yang baik dan berjaya dalam hidup. Mama always love u dear... mmuaahh..mmuaahh..  ;)


seksi mermaid ni...




Dah besar anak mama ni... (gambar sufi mase umur 4 bln)















Tuesday, November 29, 2011

AL-FATIHAH

Pada hari ni jam 12.40 pagi aku telah kehilangan pakcikku (adik bongsu abah aku). Pemergiannya memang tidak dijangka memandangkan arwah tidak menghidapi penyakit kronik. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah cuma kita sebagai hambanya ini yang tidak mengetahui rahsia bile pula giliran kita akan dijemput  ilahi.

Semoga roh arwah ucu malek yang dikasihi  dicucuri rahmat.
Amin.